Filipina mempunyai sebuah industri telefon bimbit yang canggih dengan tumpuan pengguna yang tinggi. SMS merupakan kaedah komunikasi yang popular di mana tinjauan 2016 mendapati kira-kira 400 juta pesanan SMS dikirim di Filipina setiap hari.[1] Lebih 5 juta pengguna telefon bimbit juga menggunakan telefon sebagai "dompet maya", menjadikan Filipina antara negara yang membangun dalam menawarkan transaksi kewangan melalui rangkaian selular.[2][3][4]Philippine Long Distance Telephone Company (PLDT) merupakan penyedia telekomunikasi terulung dan juga syarikat terbesar di negara.[2][5]
Suruhanjaya Telekomunikasi Negara (National Telecommunications Commission) ialah agensi yang bertanggungjawab menyelia, mengawal dan membuat keputusan ke atas segala perkhidmatan telekomunikasi di negara.[6] Terdapat kira-kira 383 buah stesen radio AM, 659 stesen, dan 297 stesen televisyen udara dan 873 stesen televisyen kabel.[7] Pada 29 Mac 1994, Filipina menaiki Internet melalui sambungan 64 kbit/s daripada router layanan PLDT kepada router Sprint di California.[8] Anggaran bagi penembusan Internet di Filipina berbeza-beza dari serendah 2.5 juta hingga setinggi 24 juta orang.[9][10] Rangkaian sosial dan menonton video adalah antara aktiviti Internet utama warga Filipina.[11]